NAMA ALATAN : TAPAK KAKI
MELOMPAT
Tunjang: Perkembangan fizikal
Objektif:
- Meningkatkan kemahiran motor kasar kanak-kanak
- Melakukan kemahiran koordinasi kaki dan telinga untuk berkhenti menggerakkan kaki setelah mendengar muzik dihentikan
- Mengimbangkan badan menggunakan satu kaki
Alat dan Bahan:
- Gunting
- Kertas A4 berwarna
- Kertas majung
- Pita pelekat
- Pen marker
- Gam
Langkah-langkah:
- Cari gambar tapak kaki manusia , iaitu bahagian kiri dan kanan
- Cetak gambar tersebut dengan kertas a4 yang berlainan warna
- Lekat gambar tapak kaki tersebut menggunakan gam di 2 helai kertas majung yang telah disambung dengan pita pelekat
- Susun gambar tapak kaki tersebut secara rawak iaitu melekatkan kedua – dua bahagian tapak kaki, kemudian mengambil bahagian tapak kaki bahagian kiri sahaja yang berlainan warna.
- Guru menyusun gambar tapak kaki tersebut secara rawak sama ada kedua – dua bahagian tapak kaki, tapak kaki kanan sahaja atau tapak kaki kiri sahaja.
Gambar menunjukkan kertas majung Tapak
Kaki Melompat yang telah siap
CONTOH
AKTIVITI MENGGUNAKAN TAPAK KAKI MELOMPAT
Alat
dan Bahan:
Kertas majung “ Tapak kaki Melompat”
Cara- Cara:
- Guru membentangkan Kertas majung “ Tapak Kaki Melompat”
- Guru memasang muzik untuk menandakan permainan bermula
- Murid hendaklah melompat dari bahagian tapak kaki yang pertama ke bahagian tapak kaki yang kedua
- Murid mestilah memijak bahagian tapak kaki tersebut mengikut gambar bahagaian tapak kaki yang dilekat.
- Guru akan menghentikan muzik semasa murid sedang melompat
- Jika di gambar di kertas majung menunjukkan bahagian kaki kanan maka, murid mesti mendarat menggunakan kaki kana sahaja dan jika gambar menunjukkan gambar kedua – dua bahagian kaki, maka murid melompat dengan menggunakan kedua-dua bahagian kaki.
Comments
Post a Comment