Nama
alatan: Bekas air Si Bongkok
Tunjang: Perkembangan fizikal
Objektif:
- Meningkatkan kemahiran motor kasar kanak-kanak seperti berjalan secara bongkok dan berlari selari bersama rakan.
- Melatih kanak-kanak untuk fokus dengan rakan.
- Meningkatkan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak.
- Melatih sikap kerjasama antara rakan-rakan.
Alat dan bahan:
- botol air mineral
- gunting
- tali
langkah-langkah:
- Sediakan peralatan seperti yang disenaraikan di atas.
- Potongkan dua bekas botol mineral pada bahagian tengah. Panjang kedua botol yang dipotong mestilah sama.
- Ambil tali dan potong kepada dua bahagian.
- Ikatkan tali pada bahagian kepala botol iaitu penutup botol, bagi kedua-dua botol.
- Alat dan bahan:
- Bekas air Si Bongkok.
- Kon
- Baldi
- Wisel
Cara bermain:
- Kanak-kanak dibahagi kepada dua kumpulan dan di dalam setiap kumpulan terdapat dua pasangan. Dua tempat permainan disediakan.
- Dua biji kon disusun di setiap tempat permainan sebagai tanda permulaan dan penamat.
- Sebuah bekas baldi berisi air diletakkan pada garisan permulaan dan garisan penamat.
- Tali si bongkok dipakaikan kepada kanak-kanak secara berpasangan.
- Apabila wisel dibunyikan, kanak-kanak secara berpasangan harus mengambil air di dalam baldi menggunakan bekas air si bongkok.
- Selepas itu, kanak-kanak harus menuangkan air tersebut ke dalam baldi yang disediakan di garisan penamat.
- Seterusnya, kanak-kanak berlari semula ke garisan permulaan dan berganti pasangan.
- Pasangan seterusnya akan menyambung permainan tersebut secara bergilir-gilir sehingga tamat masa yang ditetapkan.
- Pemenang akan dinilai dengan ketinggian air yang terdapat pada baldi kumpulan masing-masing.
Comments
Post a Comment