Nama
Aktiviti : Pancing Perigi Bocor
Tunjang
: Perkembangan Fizikal
Objektif :
- Meningkatkan motor kasar kanak-kanak dengan berlari.
- Meningkatkan motor halus kanak-kanak dengan memegang batang kayu tersebut.
- Meningkatkan kognitif kanak-kanak.
Alat
dan Bahan :
- Tali,
- Botol plastik
- Kayu
- Baldi
- Penebuk lubang
- Pisau pemotong
- Baldi
- Air
Langkah-langkah
:
- Sediakan satu botol plastik, tali dan sebatang kayu.
- Potong bahagian kepala botol tersebut dan buat beberapa lubang di bahagian badan botol.
- Kemudian, ikat tali tersebut pada beberapa lubang yang berada pada bahagian paling atas botol yang telah dipotong tadi.
- Ikat hujung tali itu tadi dengan batang kayu yang disediakan.
- Penuhkan baldi dengan air.
Cara-cara
Aktiviti Dilaksanakan :
- Murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan.
- Satu kumpulan di garisan permulaan dan satu kumpulan lagi akan berada bertentangan dengan mereka.
- Pancing tersebut akan diletakkan di dalam baldi yang berisi air terlebih dahulu.
- Murid akan berlari ke arah kumpulan bertentangan dengan membawa pancing perigi bocor tersebut dan bertukar giliran memegang kayu tersebut secara ulang alik sehingga ahli kumpulan terakhir sampai pada bekas menyukat air yang disediakan.
Comments
Post a Comment